Tuesday, June 22, 2010
Pada usia awal 20an
Pic isteriku awal 20an.....zaman percintaan denganku.....oh indahnya bila dikenang kenangkan zaman silam itu. indah tak terungkap rindu tak terdamba.....hehehe!!!!
SEMASA HARI PERNIKAHANKU
Saturday, June 12, 2010
Anak Dara Melayu Raya
Semasa di ASF Kuching (Aircraft Servicing Flight)
Buat pertama kali aku bertugas sebagai juruteknik elertik dengan pesawat Nuri dan Alloutte dari 82 -85. aku berpeluang terbang dengan Nuri setelah kerja rawatan selsai dlm ujian penerbangan. syok gak sebab terbang rendah, jelas pemandangan dari udara. awek kat sini panggil abang belon...atau Truna Untuk Dara Merindu singkatan lain TUDM...kacak gilak kamik tu....madah orang sitok...bolih gak ikut lorat sarawak....tapi sekarang udah banyak yg lupa.
Airport Kuching
Dipagi sabtu biasanya aku pakai colereng...latihan medan. berlatarkan kapalterbang boieng 737 dan heli. masa ni apiport lama kuching dekat ngan tempat aku kerja. pernah juga aku balik ke semananjung msia menaiki k/terbang ni...turun kat senai. orang bujang nak harapkan naik k/terbang TUDM...semasa cuti hari raya....agak sukar...last minit baru ada kosong....naik MAS puas hati...sampai kampung...ni pic. dlm tahun 1984.
sahabat sekerja Elect Bay kuantan 86-94
bergambar semasa lepas makan malam. masih ada yang aku terjumpa disekitar Kuantan. ada juga yang berkerja ngan zetro juga spt...sjn Phoon dan kpl Ahmad. Yang keja ngan ATSC...pw samad dan f/sjn badri...ramai juga yg sempat pencen dlm pangkat pw. Rasanya yg masih dlm TUDM ...Mej Aziz (SD) dulu pegawai kejuruteraan MIG29.
Daytona race circuit
Sahabat ku Rizal atau dikenali sebagai YB...yg ni depan litar lumba kereta ....tangkap gambar kat luar jer nak masuk tengok racing....ongkosnya dong mahal gak. kereta dlm pic tu sykt tempat aku kursus beri pakai...janggal gak mula2 drive sebab sebelah kiri. minyak seminggu baru USD20 penuh tangki, cukup untuk kekelas dan ronda dekat2 jer...kalau nak jalan jauh semasa hujung minggu....kami kongsi2lah...biasalah tu.
Kursus di Daytona Beach - 1994
Merasa juga aku menjalani kursus diluar negara semasa berkhidmat dalam TUDM. aku menjalani kursus simulator pesawat Hawk di Daytona Beach, Florida pada sept 94. salah seorang yg bersama dlm kursus ialah pilot perempuan pesawat pejuang pertama dalam TUDM ialah Kapt. Emelia...sekarang Lt. Kol kot...dan saorang lagi Lt. Ilime. Lain2 pangkat kalau tak silap ada 9 orang. Kat sini tempat terkenal dgn Daytona Race 500
Geng Electrical Bay TUDM kuantan 86-94
Sek Men Dato Sri Amar Di Raja
Semasa aku dalam ting. 4 sain, pergi sekolah mengayuh basikal sejauh 4-5batu kot...masa ni sek sebelah petang...punyalah mengantuk. Antara ramai2 ni...saorang saja yg aku biasa jumpa...tu pun sebab dia duduk kat kg emak aku...yg lain..nama pun aku dah lupa. kot2 ada terbaca blog aku ni...cuba2lah contact ok.
EX-AFATS - JOINT TUDM
Subscribe to:
Posts (Atom)