Monday, August 16, 2010

Santalia


Bersaiz kecil setinggi 4in masih ditapak semaian, aku perolihi dari Pasir Gudang pada awal Julai lalu. Hampir 2jam aku mencari lokasinya....akhirnya aku jumpa gak setelah hampir2 aku nak balik saja. Kira masih ada rezki datang dari Segamat berhasil juga.

Boxsus


Pokok yang ini aku mintak kat rumah kakak saudara aku kat Bakri, rasanya dah berusia lebih 10tahun. Keadaan rantingnya kurang tersusun sebab dasarnya pokok ni ditanam hanya memenuhi ruang langskap rumah jadi ciri ciri pembentukan bonsai tak terserlah.

BEBUAS


Bebuas dalam trining dah hampir 7bulan, tinggi lebih kurang 12in batang pokok ada kot dalam lilitan 10in sebesar betis lebih kurang.

Sunday, August 1, 2010

PETAI BELALANG


Jarang sekali orang berminat dengan pokok jenis ini...cuma saja nak banyakkan koleksi aku. ada gaya bonsai gak kalau pandai mengolahnya. Ia seakan akan pokok asam jawa. Bersaiz medium setinggi 10in, aku perolehinya di indra makhota pada feb 2010.

BEBUAS


inilah pokok bebuas pantai yang aku semai dari mac 2010, bersaiz kecil dalam ukuran 6inci . aku perolihi dari Pekan Pahang.