Saturday, July 28, 2012

Agak lama gak pokok nie baru nak keluar tunas baru...ingatkan dah tak ada harapan hidup...pokok tea yang hampir sebulan lebih baru nampak tunas barunya...pokok yang aku amik dari Endau ni rasanya nampak terselah dari segi pembentukan bonsai...kot ada kawan2 yg berhajat nak gi amik pokok nie bolih aku tunjukkan...tumbuk liar dikawasan pantai.

Mohammad Anuar (awang) tetap ceria sepanjang masa...semasa aku dok sibuk tangkap gambar bonsai...dia pun sama menyebuk, biasalah dah budak special...apa2 pun jangan dia mandai2 trim bonsai aku sudahlah.

Bonsai koleksi baruku dari jenis tea...kalau dari negara China biasa disebut fukien tea.... Aku ambil kat Endau pada sebulan lepas...yang mana habitan asalnya pokok nie di trim olih kambing dan lembu yang berkeliaran dikawasan tersebut...so aku cuma perlu buang dahan2 yg kurang kemas untuk melengkapkan bonsai dan tunggu daun2 baru tumbuh.

Cucu sulung dan anak sulung aku...dah berusia 10 bulan, dah pandai merembet-rembet dan berangkang nak tahu maksudnya tanyalah pada yg faham bahasa jawa . Secara kebetulan masa tu aku sedang amik pic bonsai dea teko.

Sunday, April 8, 2012

AWANG/MAMAT/ANWAR


Tengoklah gayanya....mamat menyibuk......

gambar adik beradik


pic adik beradik yang di ambil semasa majlis menyambut menantu kat umah aku pada 25 dis 2011.