Monday, November 22, 2010
Friday, November 12, 2010
CUCUR ATAP
HONDA CIVIC 1.5
kereta kedua aku.....honda civic tahun 85. aku beli dari ujang (ahmad wira)...murah jer...RM1000.00. Pas tu dapat lak rebet duit petrol dari kerajaan Pak Lah RM600.00....so...kira aku cuma kena keluar Rm400.00 jer untuk sebuah kereta....macam tak percayakan....aku dah guna keta ni 4tahun...masih bolih lagi untuk berjalan jauh....segamat je. kot ada yg berminat aku nak lego keta ni....harga bolih dirunding.
Monday, August 16, 2010
Santalia
Boxsus
BEBUAS
Sunday, August 1, 2010
PETAI BELALANG
BEBUAS
Tuesday, June 22, 2010
Pada usia awal 20an
SEMASA HARI PERNIKAHANKU
Saturday, June 12, 2010
Anak Dara Melayu Raya
Semasa di ASF Kuching (Aircraft Servicing Flight)
Buat pertama kali aku bertugas sebagai juruteknik elertik dengan pesawat Nuri dan Alloutte dari 82 -85. aku berpeluang terbang dengan Nuri setelah kerja rawatan selsai dlm ujian penerbangan. syok gak sebab terbang rendah, jelas pemandangan dari udara. awek kat sini panggil abang belon...atau Truna Untuk Dara Merindu singkatan lain TUDM...kacak gilak kamik tu....madah orang sitok...bolih gak ikut lorat sarawak....tapi sekarang udah banyak yg lupa.
Airport Kuching
Dipagi sabtu biasanya aku pakai colereng...latihan medan. berlatarkan kapalterbang boieng 737 dan heli. masa ni apiport lama kuching dekat ngan tempat aku kerja. pernah juga aku balik ke semananjung msia menaiki k/terbang ni...turun kat senai. orang bujang nak harapkan naik k/terbang TUDM...semasa cuti hari raya....agak sukar...last minit baru ada kosong....naik MAS puas hati...sampai kampung...ni pic. dlm tahun 1984.
sahabat sekerja Elect Bay kuantan 86-94
bergambar semasa lepas makan malam. masih ada yang aku terjumpa disekitar Kuantan. ada juga yang berkerja ngan zetro juga spt...sjn Phoon dan kpl Ahmad. Yang keja ngan ATSC...pw samad dan f/sjn badri...ramai juga yg sempat pencen dlm pangkat pw. Rasanya yg masih dlm TUDM ...Mej Aziz (SD) dulu pegawai kejuruteraan MIG29.
Daytona race circuit
Sahabat ku Rizal atau dikenali sebagai YB...yg ni depan litar lumba kereta ....tangkap gambar kat luar jer nak masuk tengok racing....ongkosnya dong mahal gak. kereta dlm pic tu sykt tempat aku kursus beri pakai...janggal gak mula2 drive sebab sebelah kiri. minyak seminggu baru USD20 penuh tangki, cukup untuk kekelas dan ronda dekat2 jer...kalau nak jalan jauh semasa hujung minggu....kami kongsi2lah...biasalah tu.
Kursus di Daytona Beach - 1994
Merasa juga aku menjalani kursus diluar negara semasa berkhidmat dalam TUDM. aku menjalani kursus simulator pesawat Hawk di Daytona Beach, Florida pada sept 94. salah seorang yg bersama dlm kursus ialah pilot perempuan pesawat pejuang pertama dalam TUDM ialah Kapt. Emelia...sekarang Lt. Kol kot...dan saorang lagi Lt. Ilime. Lain2 pangkat kalau tak silap ada 9 orang. Kat sini tempat terkenal dgn Daytona Race 500
Geng Electrical Bay TUDM kuantan 86-94
Sek Men Dato Sri Amar Di Raja
Semasa aku dalam ting. 4 sain, pergi sekolah mengayuh basikal sejauh 4-5batu kot...masa ni sek sebelah petang...punyalah mengantuk. Antara ramai2 ni...saorang saja yg aku biasa jumpa...tu pun sebab dia duduk kat kg emak aku...yg lain..nama pun aku dah lupa. kot2 ada terbaca blog aku ni...cuba2lah contact ok.
EX-AFATS - JOINT TUDM
Sunday, April 18, 2010
KU CARI DAMAI DIHATI
Lagu ini khas aku tujukan buat taufanganas01...lagu frust ngan awek pt. raja suatu masa dulu. masa tu reko cik bocah kot...cinta ketek jenang ne agak ae.....hehehe...jangan marah saja aku gurau.....ngapuro man.
Bebuas laut
bebuas laut.....hidupan pokok liar dikawasan pantai. aku dapat jenis pokok ni kat Pekan.....kat Pantai Lagenda....depan Universiti Malaysia Pahang. jenis yang mudah hidup....kat sifu Amri...kalau tanam akarnya keatas pun...insya Allah dia bolih hidup....koleksi pokok ni banyak aku semai....tapi jenis yg kecil2 jer....cuma ada 2 tunggul besar betis kot....masih dlm triniung lagi. trining ni bahasa org main bonsai....masih dlm semaian/pembentukan lagi.
pokok bunga santalia
masih dalam pembentukan....kat johor senang nak cari pokok ni....muka kena tebal sikit....ngecek kat umah orang. kat kg melayu raya aku dah ronda nak dapatkan anak2 pokok ni. tapi baru2 ni aku ngecek ngan makcik kat kg pandan 1 (kat airport kuantan)....pokok tu pada dasarnya dah tak bebela pun....aku kecek2 dapatlah, batang pokok to adalah besar pergelangan tangan. masih dlm poli beg ...dah keluar tunas baru...ada harapan utk hidup.
cucur atap dlm trining
Bonsai asam jawa
macam tak percayakan....inilah pokok asam jawa dah jadi kemetot dek di bonsaikan. aku pun kalau jalan2 kerumah orang....aku akan jengok2 kat belakang rumah...kot kot ada anak pokok asam jawa yg tumbuh liar....main bonsai golek(cari) pokok asam jawa tak apa jangan ....jangan sampai jadi orang yang kurang asam
Bonsai cucur atap
Wednesday, March 17, 2010
Bapa dan Ibu mertuaku
pic bapa/ibu mertuaku...masa ni dalam tahun 50an...agaknya pada masa tu usianya dalam 20an. pic yg sebelah kiri dengan anak saudaranya...aku panggil kakang Japor. anak saudara bapa mertua agak sebaya. bapa mertuaku dah kembali kerahmatullah pada hari pertama puasa 2009...Al fatihah...muga rohnya berada dalam golongan yg mendapat perlindungan dari Allah...ameen.
pic isteriku semasa berusia 20an (1983)
Inilah pic isteri tersayangku semasa dalam usia 20an...manisnya ketika itu wat aku terbayang bayang selalu. masa tu suratlah jadi penghubung kami berdua....seminggu sekali baru dapat surat. bukan macam zaman sekarang....perhabis duit anak2 muda main cintan bayar pripaid handset. zaman dah berubah.....kenalah ikut rentaknya.
Dunia tentera dua perkhidmatan
pic atas kiri- semasa di SPPAT Si Rusa P.D (1980)
semasa latihan perantis putra.
pic atas kanan - bertukar perkhidmatan ke TUDM (1981/82) masa buat kursus elektrik kapalterbang di Institut Teknologi Udara, TUDM Kinrara, K.L ( sekarang kat bandar baru Kinrara)
pic kiri bawah - melawat anak aku di SPPTD P.D (2006) anak aku ikut jejak aku....cumas maintain baju hijau(tentera darat)
pic bawah kanan - depan rumah aku ngan anak istimewa aku, masa tu aku ada sebuah motorsikal Jaguh (2003)
Monday, March 15, 2010
pic kenangan
uniform biru dan kuning teh susu tu....adalah pakaian TUDM, yang bersongkok tu...tu acah2 jer...aku pakai uniform abg aku semasa tu dia nak berkhawin pada 1987 tu yang bergambar ngan adik2 aku. pic yang pakai baju T...semasa aku bekerja kat Zetro Gong Kedak pada 2000....tu kira2 tim pendahuluan kat cawangan Gong Kedak.
semasa aku dalam uniform
Sunday, February 28, 2010
pic semasa di sek pertukangan prantis putra ATM 1980
pic semasa kursus di ITU
Saturday, February 13, 2010
sukoi air show
pesawat pejuang yang berpangkalan di TUDM Gong Kedak Kelantan...pesawat buatan Russia.
Friday, February 12, 2010
ISTERIKU SAYANG
MOHD ANWAR IBRAHIM
anakku yang istemewa...sekarang rajin ikut solat ke masjid. suka meniru apa orang lain buat....jangan suatu hari nati dia capai mic. pergi azan.....sudahlah. kat rumah kalau buka komputer....suka melalak berkaroke lagaknya....sungguh melucukan dan menghiburkan dengan telatahnya.....kuat merajuk.....mamat...mamat. kalau lauk sedap makan berulang ulang kali....sarapan kegemaran nasi lemak kedai mak ros.
saga blm
Sunday, February 7, 2010
ANAK KEMBARKU
Inilah wajah anak kembarku Muhamad Anwar dan Nur Ifah Afifah. Nur iffah bersekolah di sek keb melayu raya, segamat dan anwar di PDK Sayangku Segamat. Senang dengan panggilan abang(anwar) dan adik (iffah)....kembar yang jarang2 berlaku mengikut teori perubatan...tapi kuasa ALLAH....menunjukkan tanda2 kebesaranNYA. Ada anak istemewa ni....kenalah banyak2 bersabar melayan kerenahnya.....
Saturday, February 6, 2010
foto adik beradik
aku anak yg ketiga (uda) semua ahli keluarga dah berkeluarga sendiri kecuali adik aku yg bongsu. Abah aku telah pergi buat selamanya pada 17 ogos 2009...semuga rohnya dicucuri rahmat...sama2lah kita hadiahkan Al fatihah .........amen.
Berdiri dari kiri: along ismail, angah ishak, aku..uda ibrahim, andak maharami, pak itam idris, anjang abd razak, usu faris.
Duduk dari kiri: mak utih noriha, almarhum ayahnda hj johar, bonda milah, acik rosmah.
Berdiri dari kiri: along ismail, angah ishak, aku..uda ibrahim, andak maharami, pak itam idris, anjang abd razak, usu faris.
Duduk dari kiri: mak utih noriha, almarhum ayahnda hj johar, bonda milah, acik rosmah.
bonsai kawan aku (komeng)
Subscribe to:
Posts (Atom)